Yahoo! Groups

Yahoo! Groups ialah sebuah layanan percuma dari Yahoo! kepada orang awam untuk mengadakan forum-forum perbincangan berbentuk senarai mel. Sebagai sebuah senarai mel, Yahoo! Groups bukan sahaja berfungsi untuk menyebarkan informasi melalui e-mel ke beberapa orang dengan cepat. Yahoo! Groups juga menawarkan beberapa kemudahan yang menarik contohnya sebagai tempat untuk berkongsi foto, pesanan dan data, melakukan undian dan mencatat peristiwa di kalender Groups.